Saturday, 3 September 2016

 "pinasaakan" yang berasaskan ikan kayu. berharga RM8 sepinggan.Makanan ini merupakan sejenis makanan yang mengandungi ikan Basung yang telah ditumis dan dicampur dengan bahan-bahan lain seperti buah Bambangan, takob-akob, kunyit dan garam. Ianya juga sejenis makanan yang tahan lama dan boleh disimpan untuk beberapa hari.

 "noonsom" berharga RM7 sepinggan. Noonsom Sada atau Noonsom Ikan merupakan sejenis Noonsom yang mengandungi ikan sebagai bahan utamanya. Ikan yang digunakan selalunya ikan air tawar dari sungai yang dibersihkan dahulu dan dicampur bersama isi buah Pangi, nasi dan garam. Bahan-bahan tersebut kemudiannya akan dimasukkan kepada bekas atau tajau kecil dan dibiarkan antara 10 ke 12 hari. Selepas tempoh tersebut, makanan ini boleh dihidangkan dan dimakan bersama nasi.

 "sagol pari" makanan yang berasakan ikan pari dan berharga RM9 sepinggan.


kami bukan sahaja menyediakan makanan berat, malah kami juga menyediakan makanan-makanan ringan seperti:

 "kuih kelupis" yang berharga 30 sen satu.

 "burasak" yang berharga 50 sen satu.

 "kuih cincin sabah" berharga 80 sen satu.

 "kuih jala sabah" 30 sen satu.

No comments:

Post a Comment